Tuesday, October 28, 2008

TAKWIM 2008 / AKTIVITI KELAS RANCANGAN KHAS

Tarikh : Januari
Aktiviti : Minggu Suai Kenal
Sasaran : Semua Pelajar Tingkatan Satu
Tindakan : Guru Penyelaras / Kaunselor / Pengetua

Tarikh: Januari
Aktiviti : Program Minda Cemerlang Fasa 1 (Membina Matlamat)
Sasaran : 47 Orang Pelajar Rancangan Khas
Tindakan : Kaunselor

Tarikh : Februari
Aktiviti : Program Minda Cemerlang Fasa 2 ( Kemahiran Membaca dan Memberi Tumpuan)
Sasaran : 47 Orang Pelajar Rancangan Khas
Tindakan : Kaunselor

Tarikh : Mac
Aktiviti : Program Minda Cemerlang Fasa 3 (Kemahiran Mencatat Nota dan Mengingat)
Sasaran : 47 Orang Pelajar Rancangan Khas
Tindakan : Kaunselor

Tarikh : April
Aktiviti : Program Minda Cemerlang Fasa 4 (Kemahiran Pengurusan Masa)
Sasaran : 47 Orang Pelajar Rancangan Khas
Tindakan : Kaunselor

Tarikh : Mei - Oktober
Aktiviti : Program Mento Mentee
Sasaran : Pelajar dan Guru Rancangan Khas yang mengajar
Tindakan : Penyelaras

Tarikh : Mei
Aktiviti : Kelas Tambahan Insentif
Sasaran : 47 Orang Pelajar Rancangan Khas
Tindakan : Penyelaras

Tarikh : Mei
Aktiviti : Program Anakku Cemerlang,Ibubapa Gemilang,Sekolah Terbilang.
Sasaran : Ibubapa / Penjaga Pelajar Rancangan Khas
Tindakan : Pengetua, Penyelaras dan kaunselor

Tarikh : Jun
Aktiviti : Kem Waja Diri
Sasaran : 47 Orang Pelajar Rancangan Khas
Tindakan : Penyelaras dan Kaunselor

Tarikh : Julai
Aktiviti : Lawatan Sambil Belajar ke Sekolah Asrama Penuh / IPTA
Sasaran : 47 orang Pelajar Rancangan Khas
Tindakan : Penyelaras dan Kaunselor

Tarikh : Ogos
Aktiiti : Program Pemantapan Sahsiah dan Rohani
Sasaran : 47 Orang Pelajar Rancangan Khas
Tindakan : Penyelaras dan kaunselor

MAKLUMAT GURU

Bahasa Malaysia - En. Hairulanuar bin Othman / Cik Siti Norzila bt Abd. Samad

Bahasa Inggeris - Puan Kalimah bt Simon / Cik Amirah binti Rahayadin

Sains - En. Mahsuri b Hashim / Pn Siti Hawa bt Yahya

Matematik - Puan Hajah Normah bt A Ahmad / En. Sabarudin bin Ahmad Khair

Agama - En. Md. Shahna b Kaab / Puan Rozila @ Rashidah

Geografi - En. Jaheni bin Sidek

Pend. Moral - En. C.T Voon

Bahasa Cina - Cik Kow Fang Leng

Sejarah - Cik Siti Nor Azrina bt Muhammad Nor

Kemahiran Hidup - KT - En. Johanis bin Mohtar
- ERT - Hajah Noor Azizah bt Abd Aziz

Pendidikan Seni - Puan Shamsiah

Sivik - En. Miza Shahril Shah

Pendidikan Jasmani - En. Aminunnajah bin Yunos

MAKLUMAT PELAJAR

Pelajar Melayu Lelaki - 10 0rang

Pelajar Melayu Perempuan - 27 orang

Pelajar Cina Lelaki - 3 orang

Pelajar Cina Perempuan - 7 orang

Jumlah keseluruhan pelajar - 47 orang

Monday, October 6, 2008

UCAPAN TUAN PENGETUA KANAN CEMERLANG SMK DATUK MENTERI

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada penyelaras Kelas Rancangan Khas kerana telah berjaya mewujudkan blog khas buat Kelas Rancangan Khas SMKDM. Saya percaya setiap maklumat yang terdapat dalam blog ini akan dapat memberikan satu gambaran yang jelas dan maklumat yang terperinci tentang Kelas Rancangan Khas SMK Datuk Menteri.

Cabaran pendidikan dalam era globalisasi menuntut semua pihak yang terlibat dalam dunia pendidikan bersedia untuk memahami keadaan semasa dan melakukan perubahan dalam menyediakan sistem pendidikan bertaraf dunia. Usaha ini penting bagi melahirkan pelajar-pelajar KRK yang memiliki ilmu pengetahuan, menguasai pelbagai kemahiran, mantap dengan nilai-nilai murni . Negara memerlukan pelajar yang mampu berdaya saing dan bersedia menghadapi masa depan dengan cemerlang.

Usaha memartabatkan pendidikan memerlukan pengorbanan dan kesungguhan semua warga sekolah. Para pendidik menjadi pendukung kejayaan sesebuah sekolah dalam semua bidang. Guru KRK perlu menunaikan tanggungjawab pengajaran dan pembelajaran dengan cara yang berkesan. Kesediaan guru KRK memahami dasar dan matlamat pendidikan, menggunakan kaedah dan peralatan yang relevan membantu kejayaan pelajar KRK. Semangat dan kesungguhan serta kesanggupan melakukan pengorbanan di samping mematuhi etika perguruan mampu meningkatkan profesion pendidikan dan mampu melahirkan pelajar yang cemerlang.

Saya menaruh harapan yang tinggi agar pelajar KRK berusaha meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan dan mengasah potensi yang ada untuk membina masa depan yang gemilang. Tiada jalan pintas untuk berjaya. Seseorang perlu menghadapi pelbagai cabaran dan ujian sebelum mencapai kejayaan. Tingkatkan azam dan gunakanlah peluang yang ada untuk mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang.

Akhir kata saya mengharapkan semua pihak yang berkaitan dengan Kelas Rancangan Khas terus meningkatkan usaha dan kesungguhan tanpa mengenal erti jemu. Semoga usaha yang kita laksanakan akan berjaya mencapai matlamat yang diharapkan dan mampu melahirkan insan yang boleh memberi sumbangan kepada pembangunan dan kemakmuran negara.

Selamat maju jaya



EVA BINTI ABDULLAH
Pengetua Cemerlang SMK Datuk Menteri

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Menteri ditubuhkan pada 1 Januari 1969 dan merupakan sekolah menengah pertama di ”Pekan Seramik Ayer Hitam”. Sebelum ini para pelajar lepasan sekolah rendah di sekitar pekan ini melanjutkan pelajaran ke sekolah-sekolah menengah yang terdapat di Parit Raja dan bandar Kluang, Sekolah ini memulakan sesi persekolahan dengan menggunakan dua bahasa penghantar iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dan dikategorikan sebagai Sekolah Luar Bandar.

Bangunan asas ketika memulakan sesi persekolahannya adalah terdiri daripada dua blok sahaja iaitu Blok Arif dan Blok Bestari dengan bilangan pelajar sebanyak 224 orang pelajar dan 11 orang guru. Pada tahun 1971 kali pertama sekolah ini mengadakan peperiksaan SRP dan LCE . Pada tahun 1975 sekolah ini hanya mengadakan satu aliran iaitu aliran Bahasa Melayu sahaja sebagai bahasa penghantar. Pada tahun 1977 kelas tingkatan empat aliran sastera dimulakan dan pada tahun berikutnya sekolah mengadakan peperiksaan SPM yang pertama.

Memandangkan jumlah pelajar yang semakin meningkat , keperluan penambahan bangunan baru dirasakan dan pada tahun 1979 projek pembinaan Blok Campin dimulakan dan bangunan ini dapat digunakan pada tahun 1980. pada ketika ini terdapat sebanyak 1473 orang pelajar dengan 52 orang guru.

Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Rendah Ayer Hitam dan pada 25 Januari 1985 ditukar kepada Semolah Menengah Datuk Menteri. Penukaran nama tersebut sebagai mengenang jasa atas sumbangan Datuk Menteri Besar Johor iaitu Dato’ Jaafar bin Hj. Muhamad yang terkenal sebagai arkitek dan pengasas Johor moden.

Blok Dinamik dan surau pula dibina dan digunakan pada tahun 1983. Pada tahun ini Bengkel Kemahiran Hidup dan dua buah rumah guru telah disiapkan. Sekolah juga memulakan kelas tingkatan empat aliran sains tulen. Pada tahun 1987, empat bilik darjah di Blok Elit berjaya disiapkan di bawah Projek Gotong Royong. Pada tahun 1988 sekolah ini memulakan kelas tingkatan enam. Blok Fatan disiapkan pada tahun 1993.

Sekolah ini mengadakan sambutan Jubli Perak pada tahun 1996 dengan majlis perasmian sekolah yang disempurnakan oleh Datuk Sri Mohd Najib bin Tun Abd. Razak sebagai Menteri Pelajaran.

Dewan sekolah ”Sri Perdana” disiapkan pada tahun 2001 dan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Hj. Abd. Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor. Setahun selepas itu sebuah blok rumah guru yang mengandungi lapan pintu berjaya disiapkan.

Pada tahun 2002 Bilik Sri Mawar, Sri Cempaka dan I-Heksagon telah dibina. Sekolah ini juga terpilih untuk mempelopori Program e-Learning For Life. Dua buah teratak bacaan berjaya didirikan untuk kegunaan pelajar dan pada pertengahan tahun 2006 makmal komputer mula dibina dan siap sepenuhnya pada akhir Disember.

MAKLUMAT ASAS SEKOLAH

MAKLUMAT ASAS SEKOLAH

1.
Nama dan Alamat Sekolah
SMK DATUK MENTERI,
86100 AYER HITAM,
BATU PAHAT,
JOHOR.
2.
Kod Sekolah
JEE0034
3.
Gred Sekolah
A
4.
Nama Pengetua/ Guru Besar
PN. EVA BINTI ABDULLAH
5.
Bilangan Guru
Lelaki = 37
Perempuan = 82
Jumlah = 119
6.
Bilangan Murid
Lelaki = 946
Perempuan = 1043
Jumlah = 1989
7.
Bilangan Kakitangan
Lelaki = 2
Perempuan = 11
Jumlah = 13
7.
Visi Sekolah
SMK Datuk Menteri akan menjadi sekolah cemerlang negeri Johor menjelang 2008
8.
Misi Sekolah
Memberi pendidikan berkualiti kepada pelajar melalui pendekatan bersepadu ke arah melahirkan insan yang seimbang dan cemerlang.
9.
Etos Sekolah
Budaya Kerja Cemerlang